WANITA PERHIASAN DUNIA
Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.” (HR Muslim)
Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Dan
sebaik-baik wanita ialah mereka yang boleh mengembirakan engkau apabila
kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dan
dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu.” (HR Nasa’i, Baihaqi, Ahmad dan al-Hakim)
“Wanita
solehah itu lebih baik dari bidadari syurga. Dan isteri solehah itu
akan menjadi ketua bagi bidadari bidadari syurga. kamu mahu menjadi
solehah?” soal ustazah sewaktu minggu orentasi. Sewaktu saya mula menjejak kaki ke halaman maahad yang permai.
Rasulullah s.a.w. bersabda :
“Apabila
mati seorang anak Adam itu maka terhentilah amalnya kecuali 3 perkara
:- Sedekah yang berjalan terus (sedekah amal jariah), ilmu yang berguna
dan terus diamalkan dan anak soleh yang mendoakannya.”
wanita yang memiliki ciri-ciri :
Pemaaf~
Wanita yang suka mendahului meminta maaf
walaupun dirinya tidak bersalah digambarkan mempunyai peribadi yang
unggul dan mudah disayangi.
Pandai menaikkan semangat dan bermotivasi~
Lelaki lebih tertarik untuk mencari wanita yang pandai menaikkan semangat dan bermotivasi ketika dia memerlukannya.
Sejuk mata memandang~
Bersopan-santun, sentiasa memaniskan muka~ Sentiasa senyum~Menutup aurat~Ramah dan mesra~Menundukkan pandangan.
Cantik~
NAFSU mengatakan wanita cantik pada rupanya,AKAL
mengatakan wanita cantik pada ilmu dan kepandaiannya,HATI mengatakan
wanita itu cantik pada akhlaknya.
Berakhlak Mulia~
“Dunia
adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang
solehah”Sebagai ibu, terukir di paparan dada.Sebagai isteri, pengubat
duka nan lara.Sebagai kekasih, dirindui saban ketika.Sebagai mujahidah,
berdiri dibelakang mujahidin.~Ciri-ciri wanita yang solehahTaat kepada
Allah.Berbuat baik kepada ibu bapa.Sentiasa taat dan berkhidmat kepada
suami dengan sepenuh hati.Menutup dan menjaga aurat.Tidak berhias
apabila keluar rumah.Tidak keluar bersendirian atau bersama lelaki
ajnabi kecuali bersama mahram.Berbuat baik dengan jiran tetangga.Suka
mempunyai anak yang ramai dan berusaha untuk mendidik mereka.
Berpegang pada agama~
“Dikahwini wanita itu kerana 4 perkara, kecantikannya, hartanya, keturunannya, dan agamanya. Pilihlah yang paling beragama”
Dari keturunan yang baik-baik.~
Seorang
wanita yang dari keturunan yang baik2 mudah diterima lelaki. Namun
wanita yang berasal dari keturunan yang hina seperti anak zina atau
sebagainya tidak wajar merasakan dirinya tidak layak menjadi wanita
idaman. Islam mengangkat tinggi umatnya yang bertaubat dan sentiasa
memperbaiki diri kerana taqwa menjadi darjat kemuliaan disisi Allah.
Bijaksana~
Saidatina
Aisyah r.a. merupakan seorang tokoh intelektual terbilang. Sebanyak
2210 hadis sahih berjaya diriwayatkan selama 9 tahun hidup bersama
Rasulullah s.a.w. Beliau merupakan fuqoha’ (ahli hukum) Madinah yang
unggul dan juga berpengetahuan dalam bidang perubatan.~Wanita idaman
lelaki ialah wanita yang pandai tetapi tidak menunjuk-nunjuk
pandai kerana ianya mencabar ego lelaki lalu menyebabkan lelaki menyampah terhadapnya.
WANITA SOLEHAH….
SENANTIASA TENANG JIWANYA
LANTARAN ITU SENTIASA MEMBESARKAN TUHAN DI DALAM SOLAT
DAN SUNNAH RASULULLAH JADI JALAN KEHIDUPANNYA
MENJADI AKHBAR DAN HIBURAN
JANJI-JANJI ALLAH JAMINAN KETENANGAN BUATNYA
SUMBER JIWANYA BEROLEH KEKUATAN
AGAR SABAR MENENTANG MUSIBAH
BERTEGUH MENJUNJUNG HUKUM HAKAM ALLAH
INILAH WANITA SOLEHAH
TIDAK MEMBIARKAN DIRI
MENJADI BUSAR PANAHAN SYAITAN
DIPERALATKAN UNTUK MENGUMPAN KAUM ADAM
MEMANDANGNYA....
MENYEJUKKAN MATA.....
DIRINYA TENTERAM
MEMBIARKAN HIBURAN
KIRANYA IA SEORANG ISTERI
KEPERIBADIAN MENGHIBUR SUAMI
SENTIASA MENGUNTUM SENYUM DI HaDAPAN SUAMI
SANGGUP HIDUP BERDUA MATI BERSAMA
LANTARAN MENGHARAPKAN KEREDHAAN ALLAH SEMATA-MATA
MEMADAI DENGAN APA YANG ADA
TIDAK PERNAH MENUNTUT APA YANG TIADA
MENJADI TULANG BELAKANG PERJUANGAN SUAMI
HINGGA SUAMI MERASAKAN RUMAH ITU SYURGA
MENJADI KEKUATAN JIWA
UNTUK MENEGAKKAN JIHADNYA
Tidak ada komentar:
Posting Komentar